Thursday 20 September 2012

Jumpa Cinta Baru - 143 Ducky Momo!

Assalamualaikum... :)

hooree! hari ni 20 sept. aku tergedik-gedik xnk bngun pagi tadi sebab semlm aku tdo lwat. really? hehehe....ntah, aku xingt aku buat apa.

tp wlo pn aku xnk bngun pagi tdi, tpi aku tetap nk tdo balik lpas subuh. why? sebab org kata nti ssah dpt rezeki. wahahahaha..... memang btul, tp, tpi, bkn sebab tu...
tdi pagi aku sbuk baca2 balik smua novel grafik aku, yg aku kumpul dri form 1...semuaa!
Innocent, Naive, 2Dudes, Pieces, Kaoru's Cake House, 143, 143 Kaoru's Cake House, Colours, Juice, Daisuki, Wasabi, Grave..
boleh gler weii klo nk list smua.
tu psl smpi xnk tdo, ketagihan membaca..


143 means I Love You, 1437 means I Love You Forever. tpi aku prefer 1436, why? it means I Love You Forever, i want put an "r" becoz that's the end of forever.  :)
jgn copy nombor keramat KAMI!

then pagi tu jga, aku on9...smbil tgk Phineas and Ferb katun kesayangan aku tuh...
dan aku terjumpa... Ducky Momo!
Ducky Momo ni aku dh lma knal, tp aku bru tdi tiba2 terfall in love dgn dia. mcm mna org2 zaman ini menggilai Domo-Kum [which i donno why] and Angry Bird.. mcm tu la ku gila kt this Duck! Quack quack!


Tuesday 11 September 2012

Outstation ke Melaka

Hari ni aku outstation kt Melaka
dri 11 - 14/9/2012
rsa cm bru je balik dri Johor dh ke Melaka pla...
apa nk buat dh krja kn... so, maisarah (anak angkat) kna tinggal lgi dgn mak aku...
klo adik bongsu ku cuti, boleh je bwk dorg sekli...
cz aku dpt sebilik dgn offcemate Mahkota Hotel, Ayer Keroh
tp, apakan daya adik bongsu ku xda cuti lgi...

ok lh korng...selamat bekerja... doakan aku selamat pergi & pulang
aku dtg melaka ni naik transport offce...

Saturday 8 September 2012

Sakitnya putus cinta... :'(

Anda pernah bercinta?
Sesiapa pun di dunia ini berasa bahagia kalau dirinya disayangi dan dicintai oleh orang yang kita cintai. Terasa macam tak der orang lain yang bahagia di dunia ini selain dari kita... itu kalau tengah bercinta...

Cinta itu unik.. ia nya sukar diungkapkan..sukar diterjemahkan. Datangnya bukan dari paksaan dan perginya pula tanpa kerelaan...

TAPI...!!

Bila dah PUTUS CINTA NI??
Arrrggghhhh...!!! rasa macam dah berakhir hidup!
Sakit hati...pedih...sedih...meraung...
itu semua ada
air mata...tak yah cakaplah...kalau diperah boleh cukup sebaldi.
Mata jadi bengkak macam bola pingpong dah ni... sedih sangat hati aku rasa sekarang...!!

Bak kata adik aku ni...  "Mula2 putus cinta ni memang sakit... pandang sana teringat dia...pandang sini teringat dia...tutup mata pun ingat dia..." tp, tu memang betul dengan apa yang aku alami sekarang...

Lagi la pla, hp dh senyap... tak da lagi msj masuk bertalu-talu...dah tak da misscall bila hp tertinggal kt umah.. tak da lagi nak bergayut kat hp berjam2... sampai kadang2 tu ingat hp tu rosak sebab dh tak berbunyi...

5 tahun aku menyulam cinta, akhirnya putus di tengah jalan... aku jdi fobia dah dengan cinta ni...
aku rasa pintu hati aku ni dah tertutup dah...
takut nak hadapi sekali lgi kesakitan putus cinta...
tapi, tu semua dugaan daripada Allah untuk hambaNya...
apa yg perlu aku buat sebagai hambaNya...kita harus tabah dan redha...
mungkin ada yang terbaik untuk kita... Insya Allah...!


Friday 7 September 2012

:-)


yup..!! memang btul...!
lelaki ni kn bla couple mcm2 ayat mnis dorg luahkn, 
lama2 tinggal cm tu je, senang je org lelaki ni mnta putus...
tapi bila dh putus, mla lh dtg mnyesal nya ke apa ke n nk mnta diterima smula...

TAPI.....

Perempuan ni pla bla couple klo dh syg kt seseorg tu, org tu je lh dia syg n setia...
tapi bila dh putus memang susah dh nk terima org tu smula...  
ati perempuan ni bla ada perasaan sayang n cinta je ia lembut,
tp bila ati nya dh kena dipermainkan, memang akn jdi ati yg keras dh,
susah dh nk terima semula..... ati dh hncur berkecai dh...

bgi lelaki buat lh keputusan baik2... 
jgn luka kn ati org yg anda sayang...



Sunday 2 September 2012

FITNAH

Jangan mudah percaya FITNAH

Hukum Fitnah

Bismillahirrahmanirrahim...

Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.

Firman Allah SWT:
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebarkan fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa."

Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah SWT:
"Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
(Al-Baqarah : 217)

Firman Allah SWT:
"Sesunggihnya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besat."
(An-Nur : 23)

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."

(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)

Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang dibawa atau diterima.

Begitu besar dosanya di sisi Allah bila kita menyebarkan berita yang kita tak pasti kebenarannya. Apatah lagi jika beritu itu melibatkan maruah orang Islam yang lain. Kalau kita letakkan diri kita di tempat mereka, tentu saja kita sendiri boleh merasa. Letakkan kakimu dalam setiap kasut orang Muslim...perhatikan langkahmu bila berjalan.

Saturday 1 September 2012

Lelaki suka hina perempuan hodoh...

Salam... ari ni sy nk ckp sikit mngenai lelaki yg ska menghina perempuan yang kononnya nampak hodoh pada dasar matanya. sy paling benci lelaki ni yg terang-terangan menunjukkan sikapnya yg suka memilih yg cantik je pd dasar matanya... yg paling sy benci 100%, lelaki yg ska2 ati menghina perempuan yg hodoh. Wahai lelaki, ko jgn ingt perempuan hodoh takda ati dan perasaan boleh x? ke mmang ko xda ati n perasaan? ikut pkai otak n kesedapan mulut je... nak aje sy lumat2 jan mulut dorng guna mesin blander, biar thu sikit langit tinggi rendah...


sy pelik gak, knp dorg xpuas ati sgt pd perempuan yg hodoh smpai nk menghina? kehodohan seseorg tu xblh nk hdup ke? kesempurnaan tu akn kekal smpai ke akhir hayat n boleh berpasang2 smpai beribu2 orang? hei tlg sikit, org klo nk berpasangan ni, ikut ati n perasaan lh weii...!! sy thu lh cz sy dh prnah kna hina dulu msa sekolah, mlh smpai skrng! di sekolah dlu, bdak lelaki kelas sy ska sgt hina sy hodoh. apa yg dorg xpuas ati? ingt sy hodoh, sy xleh nk berdamping dgn mna2 lelaki n xleh n mncintai seseorg tu? wei lelaki2 kelas aku dlu sekalian, 4 yor information guys, aku xda lelaki dlm hdup aku n wlopn aku mncintai seseorg itu, itu bkn ko smuakn? so, jgn perasan n berlagak macho dpan org tp belakang perangai hnya tuhan je yg thu... 

tlg lh guys, perempuan yg hodoh sekalipun ada ati n perasaan.. korg pn ada ati n perasaankn? so, fkir dhulu sbelum menghina org. korg xsdar ke korg menghina org tu sbenarnya sdh mnjdi kelemahan korg n org lain yg melihat tu pn akn berasa xsnang duduk dgn korg. fkir-fikirkn lh wahai kaum Adam sekalian. stiap jodoh semuanya ditentukan oleh Allah. wlo pn ko xbrapa ska perempuan hodoh, klo dia dh jdi jodoh ko nk buat cmna lgi? trimalah seadanya krn besar tggungjwb suami terhadap isteri n kpd lelaki yg ska menghina perempuan hodoh, fkir lah balik kata2 hinamu itu... Takut ALLAH beri balasan kt ko jdi hodoh pla, naya aje!

Itu je lh yg ingin sy kongsikan utk ari ni. sy mnta maaf kpd melibatkan kaum lelaki yg xpnah menghina perempuan. Insya Allah, kpd kaum lelaki yg sukakn kebahagiaan, ketenangan dgn ska memuji perempuan n hnya memilih perempuan itu ats dasar ati n perasaan n xats dasar kesempurnaan fizikal, anda akn mndapat apa yg terbaik dlm hdup anda kelak iaitu isteri anda yg boleh membawa anda bersama2 ke syurga ALLAH..  Sekian, wassalam...