Friday 30 November 2012

Solat itu tiang agama...

Solat adalah sesuatu perkara yang kita nampak mudah untuk dilakukan, tetapi ia juga adalah perkara yang paling senang untuk orang meninggalkan tidak melakukannya. Adakalanya, banyak perkara berkaitan solat dan wudhuk yang sering diambil mudah. Sedangkan banyak perkara yang kita lupa dan mungkin tidak sempurna dilakukan. Andai wudhuk dan solat kita tidak sempurna mengikut rukun yang ditetapkan, bukankah ia menjadi sia-sia sahaja. Supaya kita dapat melakukan solat yang khusyuk, kita perlulah memahami setiap makna dalam bacaan sewaktu kita solat. 

Setiap bacaan dalam solat adalah doa, sekiranya kita memahami makna yang dibaca, pasti hati kita akan tersentuh dan kita lebih yakin dengan doa yang dibaca. Rukun wudhuk dan solat yang wajib perlu kita ketahui supaya tidak ada yang tersalah memahaminya nanti.

5 keistimewaan melakukan solat:
  • diangkat kesempitan hidup di dunia.
  • terhindar dari azab kubur
  • akan memperolehi buku amalan dari tangan kanan.
  • melalui titian sirat dengan sepantas kilat
  • memasuki syurga tanpa di hisab.

15 azab meninggalkan solat:

5 azab di dunia:-
  • dicabur keberkatan umur
  • dihapus tanda-tanda orang soleh dari wajah
  • doa tidak akan diangkat ke langit
  • tidak mendapat ganjaran
  • tidak mendapat bahagian di dalam doa orang yang soleh

3 azab semasa meninggal dunia :-
  • mati dalam keadaan hina
  • mati dalam keadaan dahaga
  • mati dalam keadaan lapar

3 azab di dalam kubur :-
  • kubur akan menghimpit ke atas dirinya
  • api akan dinyala dalam kubur dan diri seperti dibolak-balik di atas api
  • ular yang sangat besar akan dilepaskan di atasnya... 
  1. Yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ialah "Mati"
  2. Yang paling jauh dengan kita di dunia ini ialah "Masa lalu"
  3. Yang paling besar di dunia ini ialah "Nafsu"
  4. Yang paling berat di dunia ini "Memegang amanah"
  5. Yang paling ringan di dunia ini "Meninggalkan solat"
  6. Yang paling tajam di dunia ini "Lidah manusia"

Wallahu alam....

Sunday 18 November 2012

Tak boleh tak fikir pasal price tag...

As Salam...

Manusia biasa akan selalu pening masalah duit
Indah hidup ini kan bila tak payah perlu fikir pasal duit
yang konon2 kaya xpyh fikir nk mnambah kekayaan,
yg kurang duit, xpyh fikir mna nk cekau duit nk byar hutang, bil,. 
kira sama je, miskin ke kaya tetap slalu fikir pasal duit.

Kaya yang sebenarnya bukan dinilai berapa banyak yang duit, atau aset yang ada
tapi kaya itu ialah bila kita rasa cukup dan tak bergantung pada sesuatu...
misalnya, orang tu pendapatan RM2K, rumah yang sederhana, kereta yang sederhana, tapi dia rasa cukup dan duit dia siap boleh sedekahkan kat orang banjir lagi. 

Sedangkan orang gaji 20K, tapi dia rasa kereta Alphard dia tak cukup, dia rasa kereta Jaguar lagi best, pastu rumah semiD harga RM600K tak cukup, dia rasa dia kene beli banglo kat seksyen 7 shah alam, harga 7 juta (motif? seksyen 7)
Kalau dia derma nanti, habislah duit dia, tak boleh nak beli banglo laa...hehehe...

Dan, aku tergolong sbg manusia biasa yang rasa duit sentiasa jadi beban kat kepala otak aku ni, yg mcm xcukup Omega 3 ni...hahaha...  

Thursday 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434...


Another year ends with doa led another year 2 start with doa. a new chapter, a new beginning n a new hope. May Allah bless us n fill our life with happiness, full of success n h'pefully lead us 2 hijrah 4 becoming a better Muslim. May dis year also brings us more Barakah n Rahmat from Allah swt. 

Wednesday 14 November 2012

Koleksi Teddy2 Bear Ku...

yg ni hadiah dri arwah tunang dlu sempena birthday aku yg ke 19thn...
ni big bear pertama aku... bear ni aku still smpan kemas lgi kt dlm almari..
bear ni sgt istimewa bgi aku, ia hadiah dri arwah tunang.. aku syg sgt2 kt bear ni...


ni pla hadiah dri kwn2 msa aku study kt TATi dlu...
ada yg bgi sempena birthday, hadiah sbg kwn, n sbg kenangan...


yg ni pla hadiah dri arwah ayah semasa konvokesyan Diploma aku dlu (2010)
bear ni size kcik je. ssuai di gantung dlm kreta... tp aku smpan..
ni lh hadiah yg paling berharga bgi aku...


ni pla hadiah cabutan bertuah sempena event Annual Dinner GMK 2010
dri TATiUC...  


yg ni hadiah dri pak sadara aku iaitu pak ucu...
diterbangkn khas dri Sarawak...hehehe..
hadiah ni sempena birthday aku yg ke 22thn dlu...
still simpan elok lgi...


haaaa....ni smua hadiah dri cousins aku..
sempena birthday aku yg ke 24thn...
bear2 smua ni bersize S (kcik)... blh ltak dlm kreta, tp aku susun ats meja study aku...hehehe...
tgh2 study mata tgk ke arah bear2 aku ni...hihihiii...
cute2 dooo...  :-D


tin..tin..tin...
yg ni pla bru smpai, hadiah dri kwn lama aku iaitu Farah Ashikin Abd.Razak..
hadiah sempena birthday aku yg ke 27 kemarin...
bru smpai dri KL...

Tuesday 13 November 2012

Teddy Bear... big bear size XXL




Ni lh teddy bear yg aku cari2 slama ni...
big teddy bear (XXL size)
size 120cm / 4 feet
harga pasaran sebenarnya RM300++
tp hrga yg dijual olh ToonsGarden ni RM195.00 je..
dh jmpa dh big teddy bear ni, jmpa dlm fb...
nk bli pla mahal... nk p bli kt tmpat dia jauh dri trgganu ni....
tempatnya ni kt Pasar Pagi Stadium Shah Alam...
penjualnya ni kak rosmawatie... Aku nk sgt big teddy bear yg cmni, yg colour cmni...
dri dlu lgi aku tercari2..dh jmpa ni jauh pla nk p bli... adooiii....laaa..
klo ada kt trgganu xyah ssah2... eeeee....ssah lh cmni...







Yg ni pn dri tmpat yg sma...
tp yg ni sizenya kcik skit dri yg ats tu..
Teddy bear with pillow someone special...
sizenya yg ni 31.5 inci @ 75cm
hrganya pla RM85.00
dua2 bear tu aku suka sgt2... cute...  


Bila Ayah Pergi....

Assalamualaikum..

Rasa cm cpt je msa berlalu. msa mmang cpt kan.. celik,bka mata, dh ari lain,bln lain,thn lain... klo kita xkjar msa, masa akn tggal kita. tpi bla teringt arwah ayah, rsa masa tu xberjalan. rsa cm arwah ayah masih ada kat sisi. Rindu sgt2 kt ayah. bla ingt xda ayah ni, rsa sunyi sgt ati ni, cm ada kekosongan.... wlopun dh sethn ayah pergi, tp rsa mcm ayah ada.. aku ingt lgi, dulu slalu telefon aku tnya psl study cmna. klo balik ada ayah kt umh, klo cuti sem ayah dtg jemput.. tp, apa yg aku ingt, msa aku study kt kolej yayasan terengganu, chendering dlu (thn 2007), tiap2 ptg ayah slalu hntr makanan kt aku, hntr duit belanja... bla cuti je ayah slalu dtg ambik n hntr aku blik kolej... msa aku sekolah dulu pn cm tu jga. slalu hntr n ambk aku sekolah.. bla musim hujan, ayah akan payung kn aku... tp sekarang dh xda dh... 




Kali terakhir dgn ayah semnggu sebelum raya (24/8/2011). pagi rabu tu ayah kelihatan sihat cergas, masih ramah mesra bersembang dgn adik n kwn2 dia kt luar umh... dlm kul 10.30 pagi, ayah masuk umh bgitahu yg dia rsa sakit kt perut.. dlm kul 10.45 pagi ayah kuar dri toilet, tba2 aku nmpak ayah mengerang sakit kt bhagian dada, trus sakit tu merebak ke kepala n bahu.. ayah pengsan dgn tba2 di dpan aku, mak n adik. dlm msa ayah pengsan tu aku dh nmpk dh perubahan kt diri ayah.. kaki ayah masa tu tba2 je jdi lurus dgn sndiri, muka ayah terlalu pucat, tubuh badan ayah teramat sejuk mcm dh xda darah. masa tu air mata aku dh mngalir, aku blari kuar dri umh pnggil nenek n tok2 sadara. dlm beberapa mnit nenek n atuk2 sadara aku smpai, ayah tetap cm tu jga, xbergerak apa.. masa tu aku dh rsa dh yg ayah aku dh xda lgi... dlm tepat2 kul 11pgi, ayah dh pergi buat slama2 nya... ayah xsmpat dibawa ke hospital, ambulance dtg pn sia2 je... Ayah dh xda.. Allah Ya Allah,  rasa dunia aku gelap sgt masa tu. bayang kn lh, dlm sekelip mata je, Tuhan ambik ayah.. dlm kul 10.45 ayah pengsan n tepat2 kul 11 tuhan dh cabut nyawa ayah... arwah ayah pergi belum sempat aku terima konvo kali yg kedua...  Sebenarnya, dri awal bln januari 2011 lgi aku dh dpt tnda yg hdup ayah hnya smpai setakat ni sja, stiap kli lpas smbahyang aku slalu bdoa pda tuhan semoga tuhan panjangkn umr ayah, tp, tu smua kuasa tuhan. ajal maut di tggan tuhan, kita hnya mmpu mrancang, hnya tuhan sja yg tntu kn...  Aku dh xda ayah.. Ayahhhhh...saya nk ayah...

Rasa sedih msih terasa smpai saat ni..  Aku hilang dahan utk bersinggah. Pohonnya tumbang krn takdir Allah. Bila ayah dh xda, bnyak msalah terjadi kt aku n bnyak perkara kna buat sndiri.. Kesian mak...

APA SALAH AKU...????


Log in fb pagi tdi, sja je gatai nk check mesej, tba2 tgk others message ada sesuatu yg amat melukakn hati.. aku sabar n pendam dlm ati je... aku mnangis pn, mnangis pn dlm ati je...  

Apa salah aku, buat baik salah,buat jahat lagilah... ambik berat org ckp mnyibuk, buat xthu org ckp sombong n penting kn diri... sabar je lh...

smua bnda aku dh pekakkan telinga wlo otak ckp jgn layan, tp ati ni xboleh nk tipu, tluka dgn sndiri... sabar lh ati..

Diam susah, lantang sgt pn ssah. org diam bkn sebb setuju, tp cz xnk berpanjangan.biar org nk ckp hipokrit, jnji xda yg bermasam muka, tp, makin diberi muka makin mnjdi. Kuatlah semangat!!!

Monday 12 November 2012

Hari ini hari jadi aku... :-)


Hari ni hari jadi aku...
Hari jadi yang ke dua puluh tujuh
xda yg istimewa...
xda yg sesempurna mna..
aku jalani hari ni spt hari2 biasa aje...

Aku tetap bersyukur, Alhamdulillah
cz aku boleh lgi mngucap Kalimah Syahadah..
aku boleh lgi mnjejak di bumi Allah ini..
aku boleh lgi bertaubat
aku boleh lagi bersujud...
aku boleh lgi berusaha mengejar syurga Dia...
aku boleh lgi berbakti pda Mak n Keluarga...




hadiah dri mak sadara aku dibawa pulang from Makkah Al-Mukkaramah..


hadiah dari my mum....  


hadiah dri my frend (Farah Abd. Razak)
TQ Farah...    :-)

Saturday 10 November 2012

Al-Fatihah utk Arwah Ayah tersayang...


Di setiap ketika...
dan xkan terpadam sampai bila2...
hanya ada satu insan yg amat2 ku rindu setiap masa..
Rindukan wajah tenangnya...
Rindukan lembut tutur bicaranya...
rindukan gurau sendanya...
rindukan gelak tawanya...
rindukan senyumannya yang menyenangkan ati smua...
rindukan laungan azannya...
rindukan alunan bacaan Al-Qurannya...
Rindukan kemesraannya melayani kami sekeluarga...
rindukan nasihatnya yg berguna...
rindukan suaranya yg memanggil nama ku "Long..."
rindu untuk mengucup tangannya...
rindu saat2 makan dan solat bersamanya...
rindu utk menyatakan betapa aku sayang padanya...
rindu utk mengucapkan terima kasih atas setiap pengorbanannya...

Sesungguhnya...aku terkilan kerana xsempat untuk menyatakannya...
di saat2 akhir dia pergi meninggalkan dunia yg fana...dan akan kekal di alam "sana..."
aku rindu pada yg tiada...

Tiada lagi di sisi buat selama-lamanya...
xkan aku lihat dia lagi di mana-mana..
hanya iringan doa dapat ku hadiahkan jua...
bersama linangan air mata ini...
utk menyatakan betapa aku rindu padanya...


"Ayah...kenangan bersamamu kan tetap terpahat di jiwa ini...semoga rohmu dicucuri rahmat yang Maha Esa...Tenanglah dikau di sana..."


AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM ANUAR BIN MUHAMMAD...
(AYAH KU)

Wednesday 7 November 2012

50 sebab korang xptut (patut bgi yg suka...hihi) pilih designer sbg calon laki/bini... :-D


  1. Mereka manusia yg pelik
  2. Tidak memandang sesuatu perkara mengikut satu sudut
  3. Menganalisa setiap patah perkataan mengikut urutan seperti (layers dlm photoshop)
  4. Menghabiskan masa memasang perabot IKEA.
  5. Minum makan pelbagai jenis, kerana minat terhadap "pembungkus" / packaging
  6. Menyesuaikan wrna utk org lain tp bkn diri sndiri
  7. Keluar paling akhir apabila mlihat wayang, ingin melihat keseluruhan filem tmasuk nama yg dikreditkan
  8. Menyelesaian masalah dgn lakaran / sketches / lukisan.
  9. Mereka akn menconteng meja atau mnjadikan meja sbg alas memotong.
  10. Lbh gemar meneliti corak dibaju anda drpd mndgr anda bercakap
  11. Memenuhkan umh dgn majalah @ figura srta bnda2 berkaitan lukisan
  12. Anda xkn thu mna satu yg asli dan palsu barang2 mereka.
  13. Menghasilkan apa sja berkaitan dgn diri anda (anda adalah bahan lawak)
  14. Kebanyakkan mereka xthu mngira
  15. Idola mereka kebiasaannya bkn pemimpin negara ttpi pelukis @ pereka
  16. Mereka gemar mengambil gambar
  17. Hnya mndgr pendapat ttpi tetap mlakukan apa yg mereka rsa btul.
  18. Smuanya akn tersusun rapi kcuali ktika mereka dlm kelewatan, (serabai)
  19. Gemar melihat gambar dri membaca
  20. Mereka menghabiskan duit dgn gadjet/barang berteknologi
  21. xboleh mnghias umh tnpa berunding dgn mereka
  22. Berpotensi besar utk hdir lmbat ke kelas / mjlis / apa2 acara
  23. Suka menconteng tngan dan di mna2. 
  24. Membeli barang yg berpermukaan kosong utk dicat @ diubahsuai
  25. Melihat atau menggunakan sesuatu xsbg satu fungsi (kad matrik sbg pembaris)
  26. Apabila xstuju (menamakan gelaran pd org yg mereka xsuka)
  27. Cerewet dlm memilih utk diri sndiri
  28. Buat kerja last mnit
  29. Membaca komik dan melihat kartun
  30. Menghbiskan msa dgn jpg, sld, raw, avi, png, psd, ai, stl, pdf, 3dm, cmyk, rgb, etc
  31. Menghbiskan masa bersama dgn "brainstorming."
  32. Ingin diri lain dri smua org
  33. Suka membelek dan meneliti proses dan bahan pmbuatan sesuatu rekaan
  34. Lbh mngetahui posisi lain lbh dri kamasutra
  35. Sntiasa hdir ke restaurant dgn mngkritik rekaan srta menu
  36. Mndgr muzik yg jarang didengari 
  37. Tidak boleh memasak hidangan biasa, sntiasa mlakukan eksperimen dlm masakan
  38. Gemar mencari barang "rare" jarang dijumpai
  39. Mereka memiliki gadjet/rekaan bru sebelum org lain mengetahuinya
  40. Mereka suka kn Adobe dan Rhino / solidwork / 3dmax / sketchup
  41. Memiliki jenama butik pilihan,biar murah asal bergaya
  42. Ingin menghbiskan duit membeli barangan APPLE
  43. Tidak akn memahami makna hdiah yg mereka berikan
  44. Melihat sesuatu yg biasa & ketawa (mengolah objek mngikut pandangan mata sndiri)
  45. Takut dgn perkataan "Deadline" (tarikh submit krja) - smua dh berakhir
  46. Sntiasa meramalkan msa dpan (mereka trend setter)
  47. Mengimpikan hri tiada siapa mngubah design mereka
  48. Mereka lbh rela mendownload sesuatu drpd membelinya (kcuali jka terpaksa)
  49. Sntiasa mengantuk krn krja 24/7 (24 jam semnggu( tidak memiliki tdo berkualiti
  50. Suka merapu dan merepek

BiLa SuSaH cArI, BiLa SeNaNg BuAt BoDoH....

pesyen kwn yg cmni lh yg aku paling xsuka...
aku kecewa lh dpt kwn yg cmni, ada kwn cm xda kwn je...
biar xda kwn lgi bgus kot...
xda aku nk sakit ati kat sapa2...
apa perasaan korg lh klo ada kwn yg cmni??

maksud aku "bila ssah cari, bla senang wat bodoh je..."
kwn tu bla ssah bru cari kita, tp bla senang dia lupa kita smpai xingt dh yg kita ni kwn dia dri kcik lgi.
kita msg @ call pn dia wat nk xmau je layan...

mesti tension kan..?
ye lh, kita kwn bknnya time senang je, 
klo blh tu biar lh ssah senang sama2...
tp,ni x...

tp, klo ada kwn yg kita knal2 mcm tu je,
tba2 sja mai kt kita nk mnta tlg... (agak pelik jga lh)
selalunya org cm ni lh bhaya
cz dia baik dgn kita masa dia ssah je...
cuba kita tgur dia lpas smua msalah dia slesai...
msti dia angguk kpala je kn... (dia tgh pning kpala kot tu yg angguk je)

Kadang2 sma je dgn kwn yg kita dh knal lama...
dlu p mna2 sntiasa bersama...
jln2, lpak, shopping, tdo, kongsi masalah slalu bersama...
tp skrng xda dh...
puncanya disebabkan BG/GF depa la...
@ sesetgh tu punca dia dpt kwn bru (so, kwn lama ni dia lpa la)

yg lama ni depa buang tpi jln je lh kn...
bla dorg ssah bru lh tercari2 kwn yg lama...
smpai merayu-rayu lh mnta tlg...

*** Aku bukanlah sahabat yg smpurna & baik...
maafkn aku skiranya ada jnji yg telah dimungkiri...
ada kata yg menyinggung perasaan...

MAAFKAN AKU...!!***


Saturday 3 November 2012

Saidatina Fatimah Penghulu Wanita Syurga...


Beliau membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, beliau yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci,mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya. Di sebalik kesibukan itu, beliau juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Saidatina Fatimah daripada bermunajat dan beribadah kepada Allah swt. Malam2 yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al-Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya akan mengalunkan irama Al-Quran. Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, beliau dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah saw.

Setelah berkahwin, kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Saidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah saw yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Saidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun, beliau tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun, bagi Saidatina Fatimah, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah swt untuk mencari kasih-Nya melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Saidina Ali itu, hanya anak2 yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah beliau sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala beliau berlapar sepanjang hari. Sering juga beliau berpuasa dan sehinggakan tubuhnya sangat kurus sehingga menampakkan tulang di dadanya. 

Pernah suatu hari, sedang beliau tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah saw datang berkunjung ke rumahnya. Saidatina Fatimah yang amat kletihan ketika itu lalu menceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah saw. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Beliau berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Saidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.

Lalu dipujuknya Saidatina Fatimah sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Saidina Ali menyebabkan Allah swt mengangkat darjatnya. Saidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga beliau meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya. Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Saidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Beliau tidak sangup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Beliau tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan beliau tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang sepadan sekali berpasangan dengan Saidina Ali ini kerana Saidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.

Namun, pernah suatu hari, Saidatina Fatimah telah menyebabkan Saidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Saidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak beliau mengelilingi Saidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Saidatina Fatimah itu, tersenyumlah Saidina Ali lantas memaafkan isterinya itu. "Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu." Rasulullag saw memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. 

Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah swt sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Saidatina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga beliau menrungut-rungut, marah-marah,meninggi suara,bermasam muka, merajuk atau lain-lain karenah yang menyusahkan Saidina Ali. Namun, Rasulullah saw berkata sebegitu terhadapnya.

Semasa perang Uhud, Saidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah saw. Beliau juga turut bersama Rasulullah saw semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ni Rasulullah saw telah jatuh sakit. Saidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi saw membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum. Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Saidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi saw, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi, Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam Al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah swt. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong sera membangga diri atau bersenang-lenang. Sebaliknya, dengan kesusahan2 itulah, mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah swt. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.

Friday 2 November 2012

tempat2 yg menjadi impian ku... :-)

Wahhhhh......klo nk ikutkn pd impian aku, bnyk tempat aku nk p... wlo bgaimnapun as a muslim sudah psti dua tmpat wajib yg mmang aku teringin nk p ialah dua tmpat di bwh ni:- 

Makkah Al-Mukkaramah , Masya Allah, Subhana Allah...


Madinah Al-Munawwarah...


Lately, aku rajin follow citer Adam dan Hawa yg disiarkan di Astro Channel HD 134 @ di Tv Al-Hijrah... bangun tdo, trus duduk dpan tv, xmahu mndi dlu...hahaha...buruk perangai...
Stiap kli tgk citer ni jga lah aku dan mak bergilir2 cakap "cantiknya!" stiap kli scene di Makkah dipaparkan, tambah2 lgi bla Adam berdiri di satu tingkat berlatar belakangkan kaabah. bila lh aku dpt p ke sana? Insya Allah, one day i will bla msanya aku dh dijemput ke umah Allah.

Baiklah, slain drpd dua tempat itu, aku teringin sgt nk ke Istanbul, Turki. xkisahlah di sebelah Asia ataupun Eropah. klo blh, dua2 bahagia tu nak aku jejaki. Not like other people yg teringin nk ke Korealah, Parislah dan bagai2 smua. yg pstinya selepas Turki, aku teringin sgt nk ke Al-Hambra (Istana Merah) yg terletak di Andalus. xusah pelik lh bla memikir why aku teringin nk ke tempat2 tu, aku citer sat lgi no..hehehe...

Al-Hambra ni aku teringin sgt nk p, nk tgk n nk sentuh cz terpengaruh dgn satu novel. boleh x cm tu? hahaha.... smpai skrng aku terbayang cara penulisan penulis tu membayangkan bagaimana watak2 utama dlm novel tu bertemu smula di Al-Hambra dlm keindahan bangunan itu. tp, klo ditnya tjuk novel tu dan sapa nama penulisnya, aku jamin aku memang dh xingt cz novel tu aku baca dlm 2-3 thn lepas... why aku psti cz wktu tu aku rajin baca novel karya penulis seangkatan dgn Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem dan Khadijah Hashim, hnya masa, waktu student di mna kulit novel pn msih edisi pertama lgi. Lpas tu sekarang bru lah mula melimpah ruah bagai  cendawan tumbuh penulis2 muda yg hasil penulisan mereka seakan2 rupa. Bahasa yg digunakan mungkin agak moden menepati bahasa rojak budak zaman sekarang, tp, "Umph" dia xberapa sgt lah. Di citerkan dlm novel tu betapa besar, indah hasil seni yg ada dalam Al-Hambra. Al-Hambra sebenarnya ianya jga sbuah tempat pemerintahan raja2 sewaktu pemerinthan Islam dan sebelum penaklukan kristan di Sepanyol di mana bermulanya kehilangan bnyak khazanah Islam yg hilang.  (Betul ke ni? lama xbaca buku sejarah). 
Nk thu kisah pnjang lagi jatuhnya istana ni kpd pihak kristian, sila baca buka sejarah form 4-5 yg warna coklat tu. Jenuh karang nk fikir tarikh dan apa yg berlaku satu-persatu cz aku kn ada masalah ingatan...hahaha... Nti dh fikir, nk continue fikir lgi.



Kenapa Turki pula?
Org kata klo nk tgk ukiran, bngunan cantik bgi penganut kristian, pergilah ke Rome. Utk kita, silalah p ke Turki. jgn tnya why aku ska tengok benda tu smua sebb aku pn xpasti. Aku mudah kagum dgn tinggalan lama, so, jgn hairan klo aku xkisah di ajak ke muzium. Aku rela lagi pergi tempat bersejarah dri p ke konsert. mcm xcool je bunyinya kan? tp aku xkisah. terbayang gmbr Masjid Biru, Grand Bazar dan gmbr2 lain yg aku hnya dpt pandang je... hehehe...


Knp aku meroyan citer benda ni, cz aku terbaca tentang sepasang suami isteri yg duduk di Jeddah dan bercuti ke sana.. 








p/s: ni enty meroyan cz stresssssssssssssss....teringin nk p tempat yg orgnya langsung xknal... 

Thursday 1 November 2012

Perkara menguji kesabaran...

Assalamualaikum...

benda yg paling ditakutkan ialah:-

Laptop bermasalah a.k.a motherboard rosak ke, hard disk rosak ke kan. time last2 minit pla ko mnta kna servis ke format ke kn. dgn krja2 design tgh beratur mnunggu giliran deadline. dh la klo motherboard rosak, servis dia mkn msa sebln + + kot. Time last2 mnit mcm ni mna ada org yg bermurah ati nk pnjamkan laptop. dorg pn sbuk dgn krja2 dorg. memang bolayan la maknanya. sgt mencabar kewarasan aku skrang ni...

Kerja2 grafik tetiba hilang. haaa... yg ni agk pelik (slalunya masalah hard disk jga ni).berlaku bla dh 'due' nk hntar krja2 tu. masa awal2 buat, xnk hilang pla kn.. lgi paling best bila xsempat nk backup file krja2 grafik tu. mmang ko akn duduk meratapi nsib malang lh smbil mnyumpah seranah krja2 yg ilang tnpa smpat ucap hi hi bye bye..  (actually, mnyumpah diri sndiri sebb knp xbuat backup file!!!) panas ati sekarang ni... bodoh btul lh aku ni!!

Kerja xsmpat nk save tetiba laptop termati dgn sndiri sebb tlalu panas. mna taknya, ko bka laptop 3 ari berturut2 non-stop tnpa rehat semata2 nk kejar deadline. xpun tgh2 buat krja tetiba blackout tnpa smpat korg save file design2 tu... seryes naya...

xsempat siap design mengikut deadline. Masalah ni sbenarnya boleh di elakkan dgn rajin2 kn diri buat krja awal2 kn, tp peratus mereka yg rajin wat design awal memang 10% je la. lagi2 aku, mmang xda la nk wat krja awal. krja last mnit mmang dh sebati dlm jiwa raga ni. bla dh kelam kabut bru nk mnyesal sebb xwat krja awal2. lpas tu berazam xmhu lgi buat krja last mnit lgi. tp next design mcm ni jga. azam onteh ke mano...

Bnyak lgi sebenarnya, masing2 pn mesti ada pngalaman sndiri. ada yg boleh di elak dan ada jga mmang dh di takdirkn bgitu (mcm sakit). tu mmang xboleh blah laa.. tpi, slalunya masalah memang kita yg cari sbenarnya...heheheee....


Bye !



p/s: menaip smbil mengalir air mata sebb sakittttttt....hati... (gmbr2 my hubby pn smua hilang) . yg bca entry ni agak2 boleh berjangkit x...?  hehehe....

Pesanan terakhir dari Arwah Tunang...

Aku masih ingat lagi pesanan terakhir arwah Syed pada aku dulu...

"Apa jua kejahatan jgn dibalas dgn kejahatan, semkin kita berdendam semakin kita terasa sakitnya... maaf adalah ubat segala penyakit dan stiap dugaan yg dtg prlu di hadapi dgn tabah hati dan sabar. ujian ini di turunkan utk menguji keimanan manusia. setiap yg berlaku ada hikmahnya...
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba2nya. tiap2 kesukaran di sertai dgn kemudahan..."

ni lah pesanan terakhirnya pada aku dulu. pesanan ni sentiasa tersemat di hati aku ni...
tp, bla aku duduk sorg2 di tmpat yg snyi, wajah arwah slalu terbayang, ingatan aku pda arwah terlalu kuat 
bla aku menyendiri sorg2... barang2 pemberian arwah msih tersimpan kemas lgi dlm bilik ku... xda sesapa yg berani sentuh barang arwah... dlu, sayang aku pd arwah terlalu mendalam, tp kini arwah dh xda... tp, perasaan syg aku pd arwah still ada lgi...  aku mnangis air mata darah sekali pn, arwah xkn kembali lgi..
tuhan lebih syg kan nya...

Mesej terakhir : Teringat arwah adik Harun (adik sepupu)

AL FATIHAH

Apa yang aku teringat?

Teringat saat anggota polis membawa jenazah adik Harun dri Penang, menyerahkan dompet, handphone dan jam arwah adik Harun pada mak dan mak ngah. Masa tu, aku tak mampu nak tengok sebab aku tersangat sedih..Apa yang aku dengar polis tu cakap.."Saya pegawai kat balai arwah, sepanjang perkhidmatan arwah, arwah seorang yang berdedikasi terhadap tugas dan berdisiplin. senang citer, saya senang menjaga arwah".. Aku dengar mak aku dengan mak ngah menangis.. Kemudian, bila semua dah balik, kami sekeluarga buka dompet arwah..Aku on handphone arwah..baca semula antara mesej terakhir yang arwah kirimkan sebelum arwah kemalangan..

Dari handphone arwah aku dapat hubungi kawan2 rapat arwah.. Ada citer yang agak menyentuh hati..

Arwah ada seorang kawan rapat perempuan.. Duahari sebelum kejadian, kawan arwah merajuk dan tak jawab telefon arwah.. Mesej pun tak jawab.. sebelum arwah terlibat dengan kemalangan, arwah mesej kawan dia tu..suruh angkat phone sebab dia ada benda nak cakap.. tapi kawan arwah masih merajuk.. dan masa kemalangan berlaku, tengah kecoh2, kawan arwah call arwah sebab dah bersedia nak bercakap.. kemudian, ada seseorang yang menjawabkan panggilan itu dan memberitahu arwah dah tak da.. tapi kawan arwah tu tak percaya.. dia ingatkan arwah sengaja buat macam tu supaya kawan ni boleh maafkan dia.. tapi semuanya dah terlambat.. apa yang arwah nak bagitahu tu pun, sampai sekarang menjadi rahsia..selamanya..

My Hobbies...

Assalamualaikum...

semlm, lpa nk update...hehehe... 
ari ni tjuk entri yg sy pilih ialah psl hobi2 ku...
hehehe...
just tnjuk pic aje... hihihi...


ni koleksi novel2 ku...
alaf21, kaki novel, & karya seni...
kumpul novel ni dri thn 2005 lgi...
mmang ini lh minat aku...
bla p bndar, pasti kedai buku dlu yg aku cari...hihihi...





ni jga salah satu hobi aku...
melukis...
bla ada mood nk melukis, aku akn melukis lh apa yg aku terlintas nk melukis...
tp, bla aku dh duk ngadap lukisan, aku xhirau org lain dh... aku akn fokus pd drawing aku ni lh..
tu lh salah satu drawing yg aku lukis...
lukisan ni aku lukis pd thn 2007 yg lalu...



ni jga salah 1 hobi aku bla di umah...
bla on lappy msti on mp3... xpn aku akn dgr ipod shuffle aku ni
mcm2 lagu aku smpan dlm mp3 ni...
ni lh winamp mp3 ku...


ni lh favourite aku...
siang mlm yg ni lh aku ngadap, klo x pn fb..
tp, yg slalu aku ngadap yg ni...
blogger @ blog...
mcm2 perkara yg blh kita luahkn mlalui blog ni...
cz tu aku ska, cz aku suka luah kn mcm2 kt dlm ni...


ini lh hasil krja tangan aku sndiri... 100% hndmade tau..
ni pn dikira sbg hobi jga lh... aku buat kraft ni, pas tu aku jual pla..
dpt hasilnya.. dlm sehri aku blh dpt dlm RM50...
klo dlm semnggu dua, aku dpt dlm RM250
bnyk jga lh untung aku dpt dgn buat kraft ni... ni sebahagian menambah pendapatan...


n last hobi, yg ni...
aku suka kumpul setem...
mcm2 setem dri mcm2 negeri...


ni smua ada lh hobi aku di msa lapang...
:-D