Saturday 22 June 2013

Punca kenapa sekarang ramai yang kahwin lambat...


  1. Faktor Revolusi Pendidikan - berbanding dgn zaman dulu, majoriti org muda kini mlanjutkan pelajaran smpai ke tingkatan 5, jdi, mereka prlu menunggu  sehingga tamat sekolah sebelum boleh berkahwin dan ini bermaksud sehingga berusia 17 tahun. Bagi yg menyambung pelajaran di institut pengajian tinggi, tempoh menunggu ni dilewatkan lgi sehingga mereka menamatkan pengajian iaitu lebih kurang pada usia 23 hingga 24 tahun. tentunya mereka perlu mendapatkan pekerjaan dan mengumpulkan sedikit wang sebelum menamatkan zaman bujang. ini mungkin memerlukan 2 @ 3 thn. maka, mahu x mahu, mereka hnya boleh berkahwin pd usia 26 atau 27 thn. Maka, revolusi pendidikan ini adalah satu sebab mngapa perkahwinan tertangguh... 
  2. Peluang pekerjaan untuk wanita - faktor ini mungkin lebih mempengaruhi wanita berbanding lelaki kerana ia membolehkan wanita berdikari. peluang pekerjaan yang terbuka luas ini membolehkan wanita menceburkan diri dalam bidang pekerjaan, baik yang profesional mahupun yang tidak profesional. Dengan bekerja, mereka mempunyai sumber pendapatan sendiri yang membolehkan mereka berdikari tanpa perlu bergantung kepada keluarga mahupun suami. Jika suatu masa dahulu, motivasi untuk mempercepatkan perkahwinan bgi wanita ialah supaya ia dapat meringankan beban keluarga. Memadai dgn bekerja, ia dapat meringankan beban keluarga, malah akan dapat membantu menambahkan pendapatan keluarga. Bagi wanita yang berpendapatan sendiri ini, ada di antaranya yang ingin merasa 'pegang' duit dlu. Maka, ini jga akan mnyebabkan perkahwinan tertangguh. bg wanita professional pula, dedikasi mereka terhadap karier mungkin akan membuatkan mereka meminggirkan dulu niat untuk berumahtangga. 
  3. Jangkaan-jangkaan yang terlalu tinggi - Misalnya, seorang wanita inginkan lelaki yg kacak, segak, kaya, berpendidikan dan pemurah sbg buah hatinya. Begitu jga seorg lelaki mengimpikan seorg wanita yg cantik, tinggi lampai, rambut ikal mayang, pandai memasak dan seumpamanya. Bila kita mempunyai jangkaan yg hebat-hebat dan terlalu banyak kriteria untuk dipenuhi, tentu sahaja kita memerlukan lebih banyak masa untuk menemui lelaki atau wanita idaman kita itu.