Wednesday, 10 October 2012

Tak baik mainkan hati orang...!




If nak berjaya dalam cinta, perlukah berskandal??

A : Ko xbawa awek ko ke?
B : Aku mana ada awek.
A : Habis yg ko usung semalam tu sapa?
B : Tu skandal aku je la...

Hurmm, prnah x korg jmpa org cm ni? or kwn2 korng sndiri ke? seyes me prnah. Rsa cam nk lempang je org yg cm ni. Suka sgt nk main-mainkan hati org lain. xbaik tau One day bla kna kt kita sndiri cnfirm kita melenting.

Bukannya sedap bila sakit hati tu. Ko skandal ngan ramai2 org, mainkn hati dorg, jual cinta korng yg kononnya kudus tu pas tu tiba2 abaikan dorg cm tu je. Boleh? Jngan lah. dorg termasuk dlm golongan teraniaya tu. If smua yg korg sakitkan hati tu doakan yg buruk2 utk korg, blh makbul tau doa dorg.

Korg mahu ke hdup dlm keadaan xtenang seumr hdup? Mesti lh xnk kan?

Lgi truk yg dh smpai tahap rosakkan anak dara org. Tp yg ni aku xkn salahkan sebelah pihak je. If salah sorg xnk, memang xjdi benda tu kn? Dh lh tido tukar2 pasangan. xtakut ke kena penyakit kelamin? lgi pnting, xtkut ke dgn Allah? dgn hukum Allah? Dosa besar zina. bawa2 lah bertaubat. 

Apapun, if nk berkawan tu kwn lh dgn niat yang baik. Jgn simpan niat xelok. Org putih kata, 'what's goes around comes around'

Dugaan Cinta Jarak Jauh...



Just wanna share this artikel dengan mereka-mereka yang senasib dengan saya. :)

Pernahkah anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluar-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi. 
Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.


PERCAYA PADA PASANGAN
Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.


SETIA WALAUPUN JAUH

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?


BERJUMPALAH WALAUPUN SEKETIKA

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. 

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.



TANYALAH KHABAR

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar.Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini. 


SAMBUT HARI ULANG TAHUN BERSAMA

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.


JANGAN JADIKAN JARAK SABAGI PEMUSNAH 

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi, jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna 'putus kasih' dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda. 

Thursday, 20 September 2012

Jumpa Cinta Baru - 143 Ducky Momo!

Assalamualaikum... :)

hooree! hari ni 20 sept. aku tergedik-gedik xnk bngun pagi tadi sebab semlm aku tdo lwat. really? hehehe....ntah, aku xingt aku buat apa.

tp wlo pn aku xnk bngun pagi tdi, tpi aku tetap nk tdo balik lpas subuh. why? sebab org kata nti ssah dpt rezeki. wahahahaha..... memang btul, tp, tpi, bkn sebab tu...
tdi pagi aku sbuk baca2 balik smua novel grafik aku, yg aku kumpul dri form 1...semuaa!
Innocent, Naive, 2Dudes, Pieces, Kaoru's Cake House, 143, 143 Kaoru's Cake House, Colours, Juice, Daisuki, Wasabi, Grave..
boleh gler weii klo nk list smua.
tu psl smpi xnk tdo, ketagihan membaca..


143 means I Love You, 1437 means I Love You Forever. tpi aku prefer 1436, why? it means I Love You Forever, i want put an "r" becoz that's the end of forever.  :)
jgn copy nombor keramat KAMI!

then pagi tu jga, aku on9...smbil tgk Phineas and Ferb katun kesayangan aku tuh...
dan aku terjumpa... Ducky Momo!
Ducky Momo ni aku dh lma knal, tp aku bru tdi tiba2 terfall in love dgn dia. mcm mna org2 zaman ini menggilai Domo-Kum [which i donno why] and Angry Bird.. mcm tu la ku gila kt this Duck! Quack quack!


Tuesday, 11 September 2012

Outstation ke Melaka

Hari ni aku outstation kt Melaka
dri 11 - 14/9/2012
rsa cm bru je balik dri Johor dh ke Melaka pla...
apa nk buat dh krja kn... so, maisarah (anak angkat) kna tinggal lgi dgn mak aku...
klo adik bongsu ku cuti, boleh je bwk dorg sekli...
cz aku dpt sebilik dgn offcemate Mahkota Hotel, Ayer Keroh
tp, apakan daya adik bongsu ku xda cuti lgi...

ok lh korng...selamat bekerja... doakan aku selamat pergi & pulang
aku dtg melaka ni naik transport offce...

Saturday, 8 September 2012

Sakitnya putus cinta... :'(

Anda pernah bercinta?
Sesiapa pun di dunia ini berasa bahagia kalau dirinya disayangi dan dicintai oleh orang yang kita cintai. Terasa macam tak der orang lain yang bahagia di dunia ini selain dari kita... itu kalau tengah bercinta...

Cinta itu unik.. ia nya sukar diungkapkan..sukar diterjemahkan. Datangnya bukan dari paksaan dan perginya pula tanpa kerelaan...

TAPI...!!

Bila dah PUTUS CINTA NI??
Arrrggghhhh...!!! rasa macam dah berakhir hidup!
Sakit hati...pedih...sedih...meraung...
itu semua ada
air mata...tak yah cakaplah...kalau diperah boleh cukup sebaldi.
Mata jadi bengkak macam bola pingpong dah ni... sedih sangat hati aku rasa sekarang...!!

Bak kata adik aku ni...  "Mula2 putus cinta ni memang sakit... pandang sana teringat dia...pandang sini teringat dia...tutup mata pun ingat dia..." tp, tu memang betul dengan apa yang aku alami sekarang...

Lagi la pla, hp dh senyap... tak da lagi msj masuk bertalu-talu...dah tak da misscall bila hp tertinggal kt umah.. tak da lagi nak bergayut kat hp berjam2... sampai kadang2 tu ingat hp tu rosak sebab dh tak berbunyi...

5 tahun aku menyulam cinta, akhirnya putus di tengah jalan... aku jdi fobia dah dengan cinta ni...
aku rasa pintu hati aku ni dah tertutup dah...
takut nak hadapi sekali lgi kesakitan putus cinta...
tapi, tu semua dugaan daripada Allah untuk hambaNya...
apa yg perlu aku buat sebagai hambaNya...kita harus tabah dan redha...
mungkin ada yang terbaik untuk kita... Insya Allah...!


Friday, 7 September 2012

:-)


yup..!! memang btul...!
lelaki ni kn bla couple mcm2 ayat mnis dorg luahkn, 
lama2 tinggal cm tu je, senang je org lelaki ni mnta putus...
tapi bila dh putus, mla lh dtg mnyesal nya ke apa ke n nk mnta diterima smula...

TAPI.....

Perempuan ni pla bla couple klo dh syg kt seseorg tu, org tu je lh dia syg n setia...
tapi bila dh putus memang susah dh nk terima org tu smula...  
ati perempuan ni bla ada perasaan sayang n cinta je ia lembut,
tp bila ati nya dh kena dipermainkan, memang akn jdi ati yg keras dh,
susah dh nk terima semula..... ati dh hncur berkecai dh...

bgi lelaki buat lh keputusan baik2... 
jgn luka kn ati org yg anda sayang...



Sunday, 2 September 2012

FITNAH

Jangan mudah percaya FITNAH

Hukum Fitnah

Bismillahirrahmanirrahim...

Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.

Firman Allah SWT:
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebarkan fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa."

Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah SWT:
"Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
(Al-Baqarah : 217)

Firman Allah SWT:
"Sesunggihnya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besat."
(An-Nur : 23)

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah."

(HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)

Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang dibawa atau diterima.

Begitu besar dosanya di sisi Allah bila kita menyebarkan berita yang kita tak pasti kebenarannya. Apatah lagi jika beritu itu melibatkan maruah orang Islam yang lain. Kalau kita letakkan diri kita di tempat mereka, tentu saja kita sendiri boleh merasa. Letakkan kakimu dalam setiap kasut orang Muslim...perhatikan langkahmu bila berjalan.