Cinta bukan bermakna kita memiliki, bukan bermakna kita menguasai, tapi lebih bahagia kalau kita redha dan menerima segalanya. Tak guna terlalu memaksa, kadang kala kita perlu lepaskan juga..
Cinta tak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam... Di mana ada cinta di situ ada kehidupan...
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya...
Perasaan cinta itu di mulai dari mata, sedangkan rasa suka di mulai dari telinga. Jadi, jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga . Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama...
Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu...
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat..
Kadang kala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat tu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
No comments:
Post a Comment