Tuesday, 1 January 2013

Jika hari ini terakhir aku hidup di bumi mu ini...






Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini, kau terimalah taubatku
kau bukakan hati2 insan yang telah kulukai untuk memaafkanku kerana aku pun telah memaafkan mereka yg telah melukai aku
aku mahu taubatku kau terima dan segala manusia pun maafkan aku
krn niatku berhidup di bumimu ini ingin berbuat baik dgnMu dan hambaMu
tiada niat utk berlaku zalim padaMu dan pada sekalian hamba-hambaMu

Ya Allah Ya Maha Penyayang lgi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
jka ini ari terakhir aku hdup di bumiMu ini
Matikan aku dlm keadaan bersujud padaMu
membaca QalamMu
berzikir padaMu
berkata yang baik-baik
menulis yang ada nilaian di sisiMu berbuat kebaikan
bersangka baik dgnMu dan manusia

Ya Allah Tuhan Yang KuCinta
Jika sesaat lgi denyutan nadiku terhenti
berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
LaaillahailaAllah MuhammaddurRasulullah 
jika itulah yg dpt kulafazkan
Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
Akulah hambaMu yang bertuah
kerana aku mahumati dlm redhaMu

Ya Allah aku hambamu yg tlalu hina
krn amalan xseberapa ingin msuk syurgaMu
amalan xsetimpal dgn balasan syurgaMu
justeru Ya Allah sebelum kau menjemputku pulang
berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang kau redhai
jauhkan aku dri membuat kebajikan utk mndapat pandangan manusia
tpi smuanya krnaMu Ya Allah... PandanganMu yg kumahukan
dan jauhkan driku mlakukan amalan utk mndapatkan balasan Syurga Mu
tpi semata2 krn mndapat redhaMu...mendapat balasan cinta dariMu

Ya Allah jka ari ini aku bergelar roh
kau terimalah roh dan jasadku yg kaku dlm redhaMu
krn Ya Allah sepanjang kuberhidup yg kufikirkan hanyalah untuk mendapat redhaMu biarpun aku 
mnjadi bahan kebencian di hati mereka
yg sntiasa tidak senang dgn kelahiran aku di dunia ciptaanMu ini

Justeru terimalah roh dan jasadku dlm redhaMu
jka hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumiMu ini
Amin Ya Rabbal A'Lamin....

No comments:

Post a Comment