Thursday, 2 February 2017

TAK PERLU BEAUTY CAMERA UNTUK BERSELFIE KALAU GUNA OPPO F1S

Tu dia dah tambah 1 niche kt blog lagi. Dok bercakap pasal smartphone pulak. Nak jdi Tech Blogger pulak ke? Al maklum la mnat tu sesuatu yg boleh berubah & bertambah jdi tk pelik la klo mnat aku bertambah atau berubah. Sekarang ni aku tengok pengeluar2 smartphone mula berlumba2 nk hsilkan smartphone yg mempunyai fungsi camera yg terbaik terutama camera depan. Alaaa...trend org skang kemana, dimana & dlm apa jua situasi xkira l happy, sedih, risau, gersang bagai smua nk selfie tunjuk emosi depa mlalui mimik muka. Jdi, camera hadapan smartphone mnjadi satu keperluan jga buat manusia zaman sekarang ni.

Selalu duk tgk iklan OPPO F1S ni tapi tgk tnpa ambik tahu tp semlm secara xsengaja terdengar iklan OPPO F1S kt rancangan apatah lupa plak aku katanya OPPO F1S camera depan dia 16 Megapixels. Aku ni bkn la bengong sgt bab2 gadget ni just bkn pakar. Basic2 tu aku fhm la mcm megapixels camera. GB RAM atau storage dalam smartphone tu. Masa aku belajar dlu semua tu aku belajar juga. Jadi bila dengan 16 Megapixels memang kagum juga la. Boleh bayangkan betapa besar dan terangnya gambar yang mampu dihasilkan dengan camera 16 Megapixels ni. Tapi jgn risau, mereka-mereka yg muka subur dengan jerawat, pori ternganga atau parut jerawat walaupun camera depan 16 Megapixels, tapi sebab tagline dia pakar selfie ko... Dia akan filter muka korang sehingga nampak kekonon natural beauty & gambar no filter la sebb xguna application camera. Dengan kepakaran Oppo F1S , cela di wajah anda di sembunyikan....hehehe...


Aku jumpa gambar comparation antara OPPO & Samsung. Memang lebih smooth gambar dari camera Oppo tapi lebih original dari camera samsung. Hahahaha Cuma guna Oppo dah tak perlu korang instal beauty camera la.. Jimat space. Gambar aku google je.   



Al maklum, orang skang klo guna standard camera kt smartphone semua claim no filter padahal camera smartphone sekarang macam OPPO F1S memang dia dah filter gambar korang. Tapi bila kita nk ambk gambar mesti nk gambar nmpak cantik kan. Sapa nak gambar hodoh walaupun rupa sebenar tu tak cantik mana. Aku sendiri pn nak gambar aku nampak cantik. Fitrah manusia kot...memang suka nampak cantik, nak2 lagi perempuan. jdi, xpyah kondem sgt la klo org tu pndai ambk gmbar selfie yg membuatkan dlm gambar dia nmpak cantik.

Disebabkan semua orang nak nmpak cantik dlm gambar, OPPO F1S menampilkan ciri-ciri yang memenuhi keinginan kaki selfie. Selain camera depan, dia 16 Megapixels. Camera belakang dia pun xkalah 13 Megapixels jga. Untuk smartphone rasanya dh cukup cantik dengan camera mcm tu. Selain itu skrin dia pn besar 5.5 inchi dan HD, RAM dia 3GB & internal storage dia 32GB. Lebih dari cukup la tu nk simpan gambar2 selfie korang. Xcukup, ko beli la SD card sendiri....hihihi. Dia ada 2 pilihan warna, rose gold & champagne gold. Boleh guna 2 simcard (nano simcard slot). Nano simcard ni simcard yg kecik, bkn yg jenis simcard atau micro simcard. Nano ni size dia paling kecik. Rujuk gambar klo xfaham. 


Kalau korang guna simcard yang besar tu boleh gunting je untuk dapat nano sim  

Kalau memang dlm budget korang. Boleh la beli OPPO F1S. Aku biasa la, wlopun mcm teruja tp guna apa yg ada melainkan benda tu ada org nk bgi free. Aku terima je. Al maklum la zaman ekonomi sekang. Simpan budget nk bayar GST katanya...hahahaha... Harga pasaran sekarang RM1198.


Wednesday, 18 March 2015

Impian aku... Insya Allah, moga-moga tercapai

Assalamualaikum smua... Lama betul aku x menconteng di blog kesayangan aku ni kn. Mesti korang smua rindu aku kn... kan...kan.. baik ngaku cepat... sapa cpat aku bagi gula-gula 1 balang...hahaha... Aku skang sgt2 bz. skang aku tgh nk midterm exam utk semester 6 di Kolej KLMUC di KL.

Ok, hari ni aku nk citerkan impian yg aku nk sangat capai sebelum aku kahwin. Satu ni je, lain x nak. Yang lain nti aku minta dkat suami aku....wakakaka....

Nak tahu tak apa impian aku? Aku nk pergi Korea Selatan!!! Bercuti. Insya Allah, tahun 2016 lepas aku hbis ijazah, nk gi sangat2. Banyak sebab aku nk gi sana, antaranya:
  • Tempat yang menarik (Nami Island, Jeju Island, Lotte World & byk lagi).
  • Running Man
  • K-Pop band (Super junior, SHINee, Big Bang, 2NE1, Girl generations)
  • Negara 4 musim (dapat gi time winter & spring mesti best gile :p)
Banyak lagi sebabnya, tapi 4 ni je lah kot sebab utamanya...hahaha...
Dah sampai korea, ada lagi impian lain tau. Antaranya:
  • Nak jumpa ahli Running Man in real life. boring dah tgk kat tv je,, hahaha,,,
  • Berangan nk tgk konsert 4 favourite group aku secara live dkat sana.
  • nak masuk shooting dalam Running Man...hahaha
  • nak jumpa pakwe dkat sana (ok, yg ni mengarut je lebih, ampun ya buk)
Meh sini aku nk tepek sikit gambar best2 pasal korea selatan.











Ada sesapa bermurah hati nak belanja aku pergi Korea, sila turun tangan... wahhhhh... ramainya nk belanja aku... hahahaha...

Tuesday, 17 March 2015

Aku suka Kpop. Kau tak suka? Ok...!





Asalnya KPOP tu adalah muzik Korean Pop. Drama tu dikenali sebagai K-Drama, tapi sekarang ramai yng menggelar apa je yang berkaitan dgn korea adalah Kpop. What the. Lu xfaham ke maksud pop tu.

Tak dinafikan fenomena KPOP ni semakin meluas. Pergi je mana2, org akan knal apa itu KPOP. Tak kira lah sama ada orang tu peminat mahu pn haters. Peminat KPOP sangat lah ramai, begitu juga dgn pembencinya. Ramai sgt yang mengekspresikan kebencian yang meluap-luap terhadap KPOP ni, xkira lah sama ada di media sosial atau pun real life.

Terpulang lah nak benci ke apa, sebb setiap individu tu ada minatnya masing2. Orang lain xada hak nk membataskan minat individu tu, tp bagi haters tu just leave a KPOP fans alone. Don't disturb us since we'r not disturb u. Can't u just give us a little respect n don't bother us the way we never bother u? 

Fyi, dlu aku ni sorg haters KPOP, benci sgt dgn KPOP. Org dok citer psal KPOP, aku buat xthu je, xambk tahu. U know what happen to me now, aku sgt lh gile KPOP, kekadang aku menyesal coz pi kutuk KPOP fans dlu. skang org plak duk kutuk aku...hahahaha...!!!

"Ko ni apa barang minat KPOP, bknnya ko faham pn dia ckp apa, baik ko minat mat salih & minah salih tu" - ni ayat aku dlu msa jdi haters KPOP. 

Yeah, mmang aku xfaham apa dorg nyanyi tu, tp apa guna ada pakcik google translate, pi translate lah. Di samping belajar bahasa korea, boleh jga belajar bahasa inggeris kan. Yelah, bersepah dekat internet tu, lagu2 korea yang ditranslatekan ke bahasa Inggeris. See, boleh belajar 2 bahasa dlm 1 masa.

Lagi satu, lagu2 KPOP ada restrictions jga mcm dkat Malaysia. Which is, klo lagu tu ada unsur-unsur xelok, Kementerian akan banned, xkira lh klo artis tu famous seantero dunia knal sekali pun, selagi buat salah, selagi tu dihukum. Baru2 ni lagu That XX nyanyian G-Dragon, lagu tu sepatutnya dah release lama dah. Tapi ditahan sebb ada certain liriknya xsesuai, sebb mcm ganas sgt dan terpaksa lah certain lirik tu di censored kan. Lagi satu, lagu terbaru PSY-Gentleman. Sesetengah stesen radio Korea banned lagu tersebut sebb videonya xsesuai. Ada part PSY sepak kon tepi jalan tu, ianya dianggap vandalisme, see, dorg jaga adat basic dorang.

Klo hollywood tu, jgn citer la, lagunya byk psal sex, dadah. Video klik plak sgt lh xsesuai wlopun ko berusia 18+. Macam lagu Bruno Mars - The Lazy song tu, terang2 lah berkisar psal sex. Ada perkataan sex lg dkat liriknya. Tapi klo hollywood aku minat Maroon 5....hehehe...
Bab pakaian bgi artis KPOP wanita ni mmang seksi lh, tp kita xboleh buat apa, sebab dorang bukan Islam. Tapi klo dorang seksi sgt pn, dorang akn ditegur by their own people.

Jangan kata aku minat KPOP, aku xmnat artis tempatan ye. Jangan kata aku lupa daratan...hahaha... aku minat je dkat Black, Siti Nurhaliza, cuma bak kata org, lagu artis tempatan skang xmencengkam dikalbu berbanding lagu lama otai2 rock dlu, sebb tu aku more prefer otai2 dri artis sekarang. *peace...  :-)


Lagi 1 yg aku suka psal korea ni, dorang ada something entertainment yang buat peminat dorang rasa dekat je dgn artis favourite dorang. They hav' a great variety shows. Yeah, variety show dorg sgt best. Korang msti tahu kan apa itu Running Man? Yang sekarang ni mnjadi bualan ramai orang. Other variety shows, family outing, strong heart & star king. Bagi artis KPOP dorg msti pandai buat lawak. Dekat dlm music video, dorang memang nampak jambu, bajet comel segala tapi bla masuk je variety shows, dorang akan tunjukkan diri dorang sebenar dan xkan rasa ragu-ragu utk malukan diri sendiri. Dalam variety shows, dorang selamber je duduk bersila dekat lantai, terbaring dekat lantai, ketawa terbahak-bahak sebab artis KPOP sedang tunjukkan yg dorang sebenarnya manusia biasa je, macam org lain jga. 

"Ala, artis KPOP ni plastic semua, surgery je lebih. Asalnya bukan lawa, suara pun ke laut."

Weiii...makcik & pakcik oiiii.... xsmua ok, artis KPOP yg plastic. xinafikan dekat korea mmang famous sgt dgn plastic surgery terutama klo surgery mata, hidung dan dagu. Ramai je yg neutral beauty, neutral handsome. (ko p lh google sndiri muka artis KPOP yg xsurgery, berlambak ok!). Dan ada syarikat rakaman dkat korea tu HARAMKAN artis baru syarikat dia buat surgery. So, ko nk ckp apa? Haaa,,... bab suara tu jgn nk tipu eh, xsmua suara ke laut. Big Bang suara smua sedap, best. 2AM, Ailee, 2NE1, Yong Hwa & DBSK, ramai lagi lh, ko p dgr sndiri lah dorang nyanyi live dekat Youtube tu. Tapi aku xnafikan yg xsmua benda dalam KPOP ni baik. bagi aku, dri segi pemakaian dan tarian artis wanita dorang, patutnya penganjur kna tetapkan etika pemakaian bagi artis wanita xkiralah KPOP ke HPOP ke (hollywood), dorang kena hormat budaya kita sebab dorang dtg negara kita. Kalau tarian tu, xperlulah semangat tunjuk punggung dekat fans. So, aku rasa, organizer ptut main peranan psal benda ni. 

Lagi 1, remaja skang byk yg ikut trend fashion KPOP ni. xkira lelaki ataupun perempuan. Yang lelaki tu, ada jga yg pakai subang. Klo ko bkn Islam xkisah lh, ni Islam, tahu x ko xboleh walikan anak ko klo telinga tu dh bertindik. Yang perempuan Islam plak, duk pkai skirt, color rambut. Ko ingt lawa rambut ber'color', tunjuk peha yg xberapa gebu tu? jgn duk ikut sgt artis KPOP tu. dorg tu bkn Islam. So, pandai2 lah jaga batas ye. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, "tak salah nk minat KPOP ke apa asalkan jgn sampai jadikan dorang tu sebagai idola, jgn sampai orang yang kita doa-doa selalu."

Jangan pernah kata peminat KPOP ni jahil agama. Ko sapa nk judge orang??


Saturday, 6 December 2014

Ceritera Assignment yang banyak!...

bla aku dh start bgi tajuk bodoh cm ni, maksudnya mmang aku tgh stress...
deal plak dgn pengajar yg agak psiko, mmang boleh hilang akal.
hnya krn lewat 5 minit ke kelas, membebel smpai 2 jam, mak aku pn xmmpu weyhh...

ok, pusing positif side. mmang bagus, at least, aku dan yang lain lbh punctual.
xlah klo kelas start kul 2 ptg, smpai kelas hmpir 2.40 ptg kan. tp, xprlu lh keras sgt smpai nk membebel pn hmpir 2 jam, tegang rsanya kelas kot. owh...one thing, empunya membebel tu adalah seorang lecturer LELAKI. next time, if we're late 4 class, we need 2 do an assignment 50 pages, single spacing. no internet copy paste. hell no!! tp, aku rasa disebbkan perkara itu jga, everyone jdi care of each other. lmbat sikit pn dh call tnya "kt mna?"... ownership yg sgt mnjadi :-)

khamis yg aku rasa akn jdi ari yg stress, jdi hari yg seronok
bla kelas production kali ni jdi kelas yg sgt fun kn bagus cm tu :)
n bla adanya post-moterm utk production kami, jdi lega.
lagi2 production kami dipuji krn idea :)
nk je aku tayang kn di sini, tp ats dasar nasihat lecturer, smpan je lh video tu...
tkut dicuri ideanya :)

next week still ada lg assignment yg prlu dihntar.
presentation mkin kurang, just reportnya tertangguh...
mmang kli ni aku xsabar nk cuti stdy week... tension weyhh...
klo semester 5 dh mcm ni, aku x mmpu nk bayang semester 6, 7 nti..
makin gila lh aku...


aku rasa, aku rindu mak lh skang ni  ... :)

Thursday, 2 October 2014

dah berhabuk bersawang blog aku! hahaha...


hahaha....itu lh yg sering diperkatakan oleh member2 di facebook bila aku kata aku nk update blog! but it's ok lah! mmang aku xterupdate pn blog ni. masa tu byk tp nk mengarang tu yg malas sikit! hehehe... ni aku try sedaya upaya jiwa dan raga utk update blog yg dah berhabung bersawang hi :)

so, 1st skali apa yg aku nk update ye? hurmm...nnti2 la aku fikir ye! baik aku p mndi dlu. mna laa tau bla mndi nti boleh dtg idea utk mengarangkan. so, bye2... 


*****************************
berangan kejap! lalala...

*****************************
ok dah! jom mandi...hahaha

Tuesday, 19 August 2014

Putrajaya...


Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. 

Putrajaya asalnya adalah lokasi sebuah ladang iaitu Ladang Prang Besar dan Ladang Sedili berhampiran dengan Bandar Baru Bangi yang menempatkan lebih kurang 100 keluarga. Kawasan yang pada suatu masa dahulu tidak terbayang akan menjadi sebuah kawasan yang serba moden kini telah bertukar menjadi sebaliknya apabila kawasan ini diberi nama Putrajaya. Putrajaya bakal menjadi sebuah Bandar raya pintar yang akan menggunakan teknologi paling moden serta sistem elektronik yang canggih.

Putrajaya dibangunkan secara berperingkat-peringkat untuk menempatkan beberapa buah Kementerian yang akan dipindahkan secara berperingkat selaras dengan rancangan pembangunan akan datang. Pembangunan Putrajaya diasaskan kepada dua faktor utama iaitu hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan manusia dengan Makhluk. Hubungan manusia dengan Tuhan dibuktikan melalui pembinaan Masjid Putra yang mendahului pembinaan penting lainnya. Kehijauan alam yang masih kekal dan terpelihara pula adalah pemangkin hubungan manusia dengan makhluk.


Kedudukan Putrajaya adalah berhampiran dengan Cyberjaya iaitu Bandar Raya Pintar yang pertama di dunia. Seni bina Putrajaya itu direka bentuk dan diuruskan oleh Putrajaya Holding iaitu sebuah syarikat milik Malaysia dengan menggunakan 90% bahan tempatan dengan reka bentuknya diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya. Bandar ini dirancang sebagai taman bestari yang meliputi kawasan seluas 4581 hektar yang mana 70% daripada kawasan ini dirancang akan diliputi oleh pohon-pohon yang menghijau serta dihiasi dengan taman bunga, taman air, tanah berpaya dan tasik serta kemudahan lain yang melambangkan mesra alam yang meliputi kawasan hijau dan tasik seluas 600 hektar. 

 


Putrajaya Holding yang ditubuhkan oleh kerjaan merupakan pemaju keseluruhan projek dan bertanggungjawab mendapatkan dana awam untuk mengendalikan pembangunan atas tapak seluas 4581 hektar. Syarikat ini dijangka mampu mendapat keuntungan berjumlah lebih RM400 billion hasil daripada pembangunan tanah di Putrajaya pada tahun 2025. Kedudukan Putrajaya ini begitu strategik di tengah kawasan pesat membangun serta berhampiran dengan Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Tidak lama lagi Putrajaya akan menjadi pusat pentadbiran tercanggih, menggantikan Kuala Lumpur. Bandar ini mampu menampung seramai 76000 kakitangan kerajaan iaitu lebih kurang 10% daripada jumlah kakitangan kerajaan dan 59000 orang bagi sektor swasta. 


Putrajaya diwujudkan dalam sebuah kawasan khas Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilengkapi dengan peralatan moden dan terkini. Pembinaan Putrajaya akan mengurangkan kesesakan di Bandar Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan kerana Putrajaya dikhaskan sebagai pusat pentadbiran kerajaan. Sebagai contoh, Washington, Canberra, dan Johannesburg merupakan pusat-pusat pentadbiran. Manakala New York, Sydney, dan Cape Town pula adalah pusat perdagangan. Di yakini Putrajaya juga akan mampu menjadi pemangkin terhadap pembangunan Bandar-bandar berhampiran dengannya serta menawarkan keadaan persekitaran kediaman yang selesa. Sehingga kini kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM400 juta untuk kemudahan awam di Putrajaya.

Matlamat kerajaan membina Putrajaya bukan sahaja untuk menyediakan pusat perkhidmatan yang cekap, malah juga berusaha mewujudkan sebuah sistem yang mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada golongan swasta yang kini dianggap penting kerana menyumbang kepada pendapatan negara. Kawasan seluas 4581 hektar dan terletak hanya 25 kilometer dari pusat Bandar Raya Kuala Lumpur ini mengandungi 20 kawasan bangunan kerajaan (239 hektar), komersial (130 hektar), sivik dan kebudayaan (10 hektar), utility dan infrastruktur (849 hektar) dan selebih kawasan terbuka. 

Dengan terbinanya pusat pentadbiran baru ini, bukan sahaja menawarkan pulangan yang lumayan dari segi komersial tetapi juga mampu memberikan keselesaan kepada pentadbiran Negara. Nilai tanah pejabat-pejabat kerajaan di Kuala Lumpur yang dipindahkan ke Putrajaya ialah lebih RM20 billion manakala kos keseluruhan pembinaan Putrajaya ialah RM23 billion. 

Putrajaya yang berharga RM23 billion itu, kini sudah mula dihuni oleh kakitangan kerajaan Jabatan Perdana Menteri. Putrajaya dijangkakan siap sepenuhnya pada tahun 2002 dan bandar itu dijangka mampu menempatkan 330 000 penghuni. Pembinaan Putrajaya dalam jangka masa panjang di yakini mampu memberi pulangan yang menggalakkan kepada Negara serta menjadi pemangkin untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan kerajaan bagi membolehkan negara kita setaraf dengan Negara maju lainnya. 

Friday, 27 June 2014

Samsung Galaxy S4 vs Samsung Note II vs Sony Xperia Z ....

Aku tgh ushar tiga2 hp ni, konon nk bli, tp thn bla nk bli dirahsia kn hahaha... aku, Iphone dgn Blackberry mmang xprnah mnat nk bli. Iphone kn assabiyah sikit, dia nk dgn kroni dia je, klo Iphone jdi presiden negeri, nescaya dia masuk neraka, hahaha...  org lain classified it as own identity, i classified it as kekwat...haha... tp, Iphone, pergerakan dia mmang smooth waa ckp luu... Touch screen dia lembutnya, alahai...pondan paling pondan dlm dunia mesti sukakn Iphone, applications run very smoothly.

Blackberry pla aku bnyk dgr keburukan dia dri ex-pengguna dia. Bagi aku, kelebihan blackberry is BBM only. Setakat BBM, boleh gnti dgn whatsapp. Games kureng, applications pn kureng. Games penting woihh.. Klo bosan dlm kelas, tgh tggu bas, dia la penyelamat. xde games boleh jdi dungu kjap, hahahaha... dgr citer Blackberry Z10 bru support Instagram, yg lain non hadoo...hahaha... Tp xpa, xda instagram xda la retarded sgt smpai smua gmbr mkanan ko nk upload *terasa wei...hahaha* eh... ok lh, upload gmbr mkanan dri upload gmbr syok sndiri (bela diri) hahahaha....

Oh, kembali pd hp2 idaman. Samsung Galaxy S4 mmang awesome applications and software dia, tp aku xsuka lh bentuk dia. Galaxy Note II pn not bad tp bsar sgt. Xperia Z bntuk dia mngiurkan, siap boleh kna air. Haaa...blh bwk mndi sma2, klo jtuh dlm toilet bowl pn xda masalah utk mngutipnya kmbali...hahaha... yg lain features mereka lbh kurang je. Just camera Note II 8mp je, yg lg 2 tu 13mp. So far, yg aku tgk Sony pnya camera much better than Samsung wlopun megapixel sama.

Ni la manusia, ada je tapinya tu. xprnah puas hati dgn something. Kadang2 kejadian Tuhan pn ko kutuk gemuk la, hitam la, ni kan manusia yg buat, lg seronok ko komen ye?

Pilih hp ni patutnya mcm pilih pasangan. kita kna tgk perangai dalaman di dlu. Setakat handsome perangai haprak jingga buat apa kn? kena tgk apa keperluan kita yg dia boleh tunaikan, boleh ke kita get along dgn dia for a long time, boleh ke kita terima kekurangan dia. Klo smua positive, then proceed. Rupa adalah 2nd citer. Once ko dh jtuh cinta dgn inner-self dia, yg lain xkn ada masalah kot.

Cuma kelebihan hp dri pasangan adalah, hp klo kita xnk n bosan kita boleh jual balik n ambk yg bru...hahaha...  dgn manusia, ada yg kena bunuh karang buat cm tu...hahaha...

Aku rsa aku kna buat istikarah la nk pilih yg mna. Pilih hp la, bkn pasangan! hahahaha...

* Sebenarnya, mlm ni aku ada test probate. xthu knp aku xselak notes skarang, pergi review galaxy Note plak. pffftttt....doakan aku dpt jwb, dpt markah ok, dpt krje bagus, dpt bli hp idaman....hehehe...


Hp2 idaman:-

Samsung Galaxy Note 3


Samsung Galaxy Note 8.0