Saturday, 27 October 2012

Tidak tahu baca Al-Quran, tapi kuburnya bercahaya menjulang langit




Suatu kisah yg diciterkan dlm tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yg sgt mengharukan dan boleh menitis air mata. Sorg lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu mlm yg kelam dan sunyi. Tiba2 ia terpandang suatu cahaya yg terang benderang muncul dri sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar. 

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur sorg yang sangat istimewa. Samada ia sorg waliyullah atau ulamak atau org soleh yg istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Di ambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu dtg lgi kekawasan perkuburan itu dgn ditemani org kg. beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yg sgt ajaib itu. Apakah sorg tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau  org soleh yg terkenal? Bila bertanya kpd org kg, mereka kehairanan krn apa yg mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur sorg lelaki tua yg prnah mendiami sebuah pondok dihujung kg bersama isterinya. utk mengetahui dgn lbh lnjut, lelaki itu berkunjung ke rumah si mati dan bertemu dgn isteri si mati lalu menceritakan keajaiban yg dilihat diperkuburan suaminya... 

Anehnya isteri si mati terkejut dan kehairanan. dia sgt mengenal suaminya. suaminya bkn sapa2. suaminya sorg petani kecil. bkn sorg kiyai, bkn sorg ahli ibadat, bkn org soleh, apa lgi bkn imam, bkn muazzin, bkn guru quran. malah suaminya xpndai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar2 menimbulkan kehairanan kpd lelaki tersebut dan isteri si mati. 

Akhirnya lelaki itu bertanya apakah perkara2 aneh yg si mati slalu lakukan dlm kehidupan sehari2nya. akhirnya isteri si mati teringt suatu perkara yg slalu dilakukan oleh si mati, stiap kli sebelum tdur pd setiap mlm. katanya, setiap mlm seblum tdur suaminya akn mngambil wuduk, kmudian msuk di dlm suatu bilik lalu di ambilnya al-quran di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dgn pnuh kecintaan dan ksih sayang.
Ia akn duduk dan membelek al-quran itu sehelai demi sehelai spt sedang membaca, sedangkan ia seorg yg buta al-quran. dia akn meraba-raba ayat2 quran itu dgn tangannya, seolah2 sedang menyentuh dan membelai sesuatu yg sgt dikasihi. Tambah isteri si mati lgi, ia prnah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yg sgt sedih, mendayu-dayu dgn penuh penyesalan.

"Tuhanku! ampunkanlah aku krn aku xmmpu membaca kalimah mu. jgn lah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini." "Wahai Kalam Allah,maafkan kesalahan ku. aku xmampu membaca kalimah mu. aku tidak dpt bersahabat dgn mu. Aku xdpt memahami mu, tpi aku sgt mengasihi mu. aku sgt mencintaimu." "Wahai Kalamullah, jgn lh engkau mendakwa aku, jgn engkau menuduh aku dihadapan Tuhan diakhirat nanti." Citer isteri si mati lagi. Kadang2 suaminya tertidur di dlm bilik itu ditemani al-quran buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya stiap mlm seblum tidur. lelaki itu meminta utk melihat al-quran kesayangan suaminya itu. benar dan sgt mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian2nya kelihatan slalu dibelek berkali2, dan ada bekas2 air mata di kertasnya, tnda seseorg sering menangis berjurai airmatanya, tatkala membuka lembaran yg maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sgt mulia peribadinya. hatinya tlh bersatu dgn roh al-quran. dia sgt mengasihi kalimat tuhan dgn sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dgn seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan al-quran di dlm masjid kita, di dlm rumah kita, di dlm diri kita. 
Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula utk bacaan smua.

Soal Jawab Agama...



Assalamualaikum...


Petikan ini di ambil dari blog alhafiz.net


Persoalan: 

"Saya telah bercerai dengan bekas isteri saya sejak Jun 2006. Perkahwinan kami menghasilkan 5 orang anak. Saya menyediakan tempat tinggal untuk anak2 saya tinggal dengan bekas isteri saya di Kuala Lumpur. Saya kini berkhidmat di Kuantan, Pahang dan masih duda. Tiap-tiap minggu saya akan menggujungi anak2 saya di Kuala Lumpur untuk membeli bekalan keperluan mereka dan tidur di rumah tersebut. Saya tidak tidur sebilik dengan bekas isteri saya. Saya tidur di bilik berasingan. Adakah saya melanggar apa2 hukum?"


Jawapan:

Saudara tidak boleh tidur di rumah tersebut kerana ditakuti pihak penguatkuasa daripada Jabatan Agama Islam Negeri mengambil tindakan ke atas saudara kerana berkhalwat kecuali saudara menikah semula dengan bekas isteri tersebut dengan akad nikah yang baru kerana tempoh iddah telah habis... 



Suami isteri yang sudah bercerai  adalah bukan mahram. mereka haram aurat dan tidak boleh berdua-duaan hingga menimbulkan keraguan.Jika isteri perlu ke rumah bekas suami, ini digalakkan kawan atau saudara mara ikut serta sebagai peneman. Niat baik isteri ingin menjaga anak-anaknya tidak boleh menghalalkan cara dengan berdua-duaan, apalagi anak masih kecil dan tidak faham. Ada baiknya dia bertemankan saudara mara atau orang lain bagi mengelakkan sangka buruk dan perkara tidak baik berlaku.

Wednesday, 10 October 2012

Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah...


Aku bru pas selesai tgk video Ombak Rindu. Video citer ni memang aku tggu sejak dikhabarkan akn difilemkan. Excited sgt. cz aku mmang minat sgt ngn novel Fauziahn Ashaari ni. best!! baca pn cm btul je... siap boleh imagine lagi... hahaha....

But for the film plak, aku rsa cm agk xbest r. knp? enth lah. sepnjang aku tgk video citer ni tdi, aku asyik teringatkan jln citer dlm novel ni. How Hariz treat Izzah, how Izzah lari dari Hariz then jmpa balik. Mcm mna watak Datuk Sufiah sebenarnya, and finally Mila dpt thu sal Hariz dan Izzah. Bnyk sgt beza dgn filem. cz tu buat cam aku xpuas nk tgk.

Ok! faham. bkn senang nk buat skrip spaya lakonan tu hdup kan? If nk buat exactly mcm dlm novel tu better buat dramakan? but if Ombak Rindu ni di dramakan pula, msti lgi bnyak bnda melalut terselit... huhuhu...

Fine! fine! fine! aku bkn pengkritik filem n xlayak pn nk jdi salah sorg dri dorg. so, aku stop kt sini r. apa2 pn, still kecewa yg teramat. huhuhu... bnyk lgi nk komen ni tp xpa r, aku simpan utk simpanan aku sndiri je...hehehe...

But, nk ucap tahniah jga r pd para pelakon (even aku xsuka dgn watak Mila n Datuk Sufiah) n penerbit Ombak Rindu cz berjaya membuatkan jejaka2 Malaysia yg menonton filem ini merasa sebak n menangis... hahahaha....

Tak baik mainkan hati orang...!




If nak berjaya dalam cinta, perlukah berskandal??

A : Ko xbawa awek ko ke?
B : Aku mana ada awek.
A : Habis yg ko usung semalam tu sapa?
B : Tu skandal aku je la...

Hurmm, prnah x korg jmpa org cm ni? or kwn2 korng sndiri ke? seyes me prnah. Rsa cam nk lempang je org yg cm ni. Suka sgt nk main-mainkan hati org lain. xbaik tau One day bla kna kt kita sndiri cnfirm kita melenting.

Bukannya sedap bila sakit hati tu. Ko skandal ngan ramai2 org, mainkn hati dorg, jual cinta korng yg kononnya kudus tu pas tu tiba2 abaikan dorg cm tu je. Boleh? Jngan lah. dorg termasuk dlm golongan teraniaya tu. If smua yg korg sakitkan hati tu doakan yg buruk2 utk korg, blh makbul tau doa dorg.

Korg mahu ke hdup dlm keadaan xtenang seumr hdup? Mesti lh xnk kan?

Lgi truk yg dh smpai tahap rosakkan anak dara org. Tp yg ni aku xkn salahkan sebelah pihak je. If salah sorg xnk, memang xjdi benda tu kn? Dh lh tido tukar2 pasangan. xtakut ke kena penyakit kelamin? lgi pnting, xtkut ke dgn Allah? dgn hukum Allah? Dosa besar zina. bawa2 lah bertaubat. 

Apapun, if nk berkawan tu kwn lh dgn niat yang baik. Jgn simpan niat xelok. Org putih kata, 'what's goes around comes around'

Dugaan Cinta Jarak Jauh...



Just wanna share this artikel dengan mereka-mereka yang senasib dengan saya. :)

Pernahkah anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluar-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi. 
Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.


PERCAYA PADA PASANGAN
Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.


SETIA WALAUPUN JAUH

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?


BERJUMPALAH WALAUPUN SEKETIKA

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. 

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.



TANYALAH KHABAR

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar.Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini. 


SAMBUT HARI ULANG TAHUN BERSAMA

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.


JANGAN JADIKAN JARAK SABAGI PEMUSNAH 

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi, jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna 'putus kasih' dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.