Saturday, 27 October 2012

Soal Jawab Agama...



Assalamualaikum...


Petikan ini di ambil dari blog alhafiz.net


Persoalan: 

"Saya telah bercerai dengan bekas isteri saya sejak Jun 2006. Perkahwinan kami menghasilkan 5 orang anak. Saya menyediakan tempat tinggal untuk anak2 saya tinggal dengan bekas isteri saya di Kuala Lumpur. Saya kini berkhidmat di Kuantan, Pahang dan masih duda. Tiap-tiap minggu saya akan menggujungi anak2 saya di Kuala Lumpur untuk membeli bekalan keperluan mereka dan tidur di rumah tersebut. Saya tidak tidur sebilik dengan bekas isteri saya. Saya tidur di bilik berasingan. Adakah saya melanggar apa2 hukum?"


Jawapan:

Saudara tidak boleh tidur di rumah tersebut kerana ditakuti pihak penguatkuasa daripada Jabatan Agama Islam Negeri mengambil tindakan ke atas saudara kerana berkhalwat kecuali saudara menikah semula dengan bekas isteri tersebut dengan akad nikah yang baru kerana tempoh iddah telah habis... 



Suami isteri yang sudah bercerai  adalah bukan mahram. mereka haram aurat dan tidak boleh berdua-duaan hingga menimbulkan keraguan.Jika isteri perlu ke rumah bekas suami, ini digalakkan kawan atau saudara mara ikut serta sebagai peneman. Niat baik isteri ingin menjaga anak-anaknya tidak boleh menghalalkan cara dengan berdua-duaan, apalagi anak masih kecil dan tidak faham. Ada baiknya dia bertemankan saudara mara atau orang lain bagi mengelakkan sangka buruk dan perkara tidak baik berlaku.

No comments:

Post a Comment