Apa yang aku teringat?
Teringat saat anggota polis membawa jenazah adik Harun dri Penang, menyerahkan dompet, handphone dan jam arwah adik Harun pada mak dan mak ngah. Masa tu, aku tak mampu nak tengok sebab aku tersangat sedih..Apa yang aku dengar polis tu cakap.."Saya pegawai kat balai arwah, sepanjang perkhidmatan arwah, arwah seorang yang berdedikasi terhadap tugas dan berdisiplin. senang citer, saya senang menjaga arwah".. Aku dengar mak aku dengan mak ngah menangis.. Kemudian, bila semua dah balik, kami sekeluarga buka dompet arwah..Aku on handphone arwah..baca semula antara mesej terakhir yang arwah kirimkan sebelum arwah kemalangan..
Dari handphone arwah aku dapat hubungi kawan2 rapat arwah.. Ada citer yang agak menyentuh hati..
Arwah ada seorang kawan rapat perempuan.. Duahari sebelum kejadian, kawan arwah merajuk dan tak jawab telefon arwah.. Mesej pun tak jawab.. sebelum arwah terlibat dengan kemalangan, arwah mesej kawan dia tu..suruh angkat phone sebab dia ada benda nak cakap.. tapi kawan arwah masih merajuk.. dan masa kemalangan berlaku, tengah kecoh2, kawan arwah call arwah sebab dah bersedia nak bercakap.. kemudian, ada seseorang yang menjawabkan panggilan itu dan memberitahu arwah dah tak da.. tapi kawan arwah tu tak percaya.. dia ingatkan arwah sengaja buat macam tu supaya kawan ni boleh maafkan dia.. tapi semuanya dah terlambat.. apa yang arwah nak bagitahu tu pun, sampai sekarang menjadi rahsia..selamanya..
No comments:
Post a Comment