Friday 30 November 2012

Solat itu tiang agama...

Solat adalah sesuatu perkara yang kita nampak mudah untuk dilakukan, tetapi ia juga adalah perkara yang paling senang untuk orang meninggalkan tidak melakukannya. Adakalanya, banyak perkara berkaitan solat dan wudhuk yang sering diambil mudah. Sedangkan banyak perkara yang kita lupa dan mungkin tidak sempurna dilakukan. Andai wudhuk dan solat kita tidak sempurna mengikut rukun yang ditetapkan, bukankah ia menjadi sia-sia sahaja. Supaya kita dapat melakukan solat yang khusyuk, kita perlulah memahami setiap makna dalam bacaan sewaktu kita solat. 

Setiap bacaan dalam solat adalah doa, sekiranya kita memahami makna yang dibaca, pasti hati kita akan tersentuh dan kita lebih yakin dengan doa yang dibaca. Rukun wudhuk dan solat yang wajib perlu kita ketahui supaya tidak ada yang tersalah memahaminya nanti.

5 keistimewaan melakukan solat:
  • diangkat kesempitan hidup di dunia.
  • terhindar dari azab kubur
  • akan memperolehi buku amalan dari tangan kanan.
  • melalui titian sirat dengan sepantas kilat
  • memasuki syurga tanpa di hisab.

15 azab meninggalkan solat:

5 azab di dunia:-
  • dicabur keberkatan umur
  • dihapus tanda-tanda orang soleh dari wajah
  • doa tidak akan diangkat ke langit
  • tidak mendapat ganjaran
  • tidak mendapat bahagian di dalam doa orang yang soleh

3 azab semasa meninggal dunia :-
  • mati dalam keadaan hina
  • mati dalam keadaan dahaga
  • mati dalam keadaan lapar

3 azab di dalam kubur :-
  • kubur akan menghimpit ke atas dirinya
  • api akan dinyala dalam kubur dan diri seperti dibolak-balik di atas api
  • ular yang sangat besar akan dilepaskan di atasnya... 
  1. Yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ialah "Mati"
  2. Yang paling jauh dengan kita di dunia ini ialah "Masa lalu"
  3. Yang paling besar di dunia ini ialah "Nafsu"
  4. Yang paling berat di dunia ini "Memegang amanah"
  5. Yang paling ringan di dunia ini "Meninggalkan solat"
  6. Yang paling tajam di dunia ini "Lidah manusia"

Wallahu alam....

No comments:

Post a Comment